Salam Muhibah,
Dah masuk bulan april rupanya. memang masa berlalu dengan begitu pantas tanpa kita sedari. Bulan ini adalah bulan yang aku nantikan kerana 3 april hari tu, mengikut kalender hijriah, aku menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke 30 (14 Jamadil Akhir 1436). Alhamdullilah tuhan masih lagi memberi peluang kepada aku untuk terus hidup dan beramal kepadanya.
Bulan nie jugak 2 kawan baik aku iaitu si Wanie dan Ruzie akan menyambut birthday yang ke 29 pada 6 April dan 12 April. semoga persahabatan kami kekal untuk selamanya. aku sayang korang tau!!
27 April nie birthday si AAR, seyes aku cakap memang aku tak sabar nak tunggu hari tu, nak wish kat dia. aku tak pernah pun sambut birthday dia tapi dia at least pernah gak la sambut birthday aku walaupun sekali dalam sepanjang 9 tahun kami kenal nie. AAR, sumpah sampai mati, kenangan tu aku akan ingat. Aku kalau boleh nak tanya khabar ko hari2 tau, tapi aku takut ko rimas, lagipun sapa la aku nie ko nak ambik berat kan? ko dah ada tanggungan ko, dah ada life sendiri, aku harap ko happy AAR, insyaallah aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan kita nie... INSYAALLAH MAR... kerana kau aku nak berubah! kalau kau tak jumpa aku hari tu, benda nie mungkin takkan jadi dan aku masih lagi hanyut dengan duniawi... sayang ko ketat-ketat!
Bulan nie gak GST dah start, setakat nie aku tak terasa lagi tempiasnya tapi keuntungan lebih 60sen untuk setiap RM100 + 10% service charge (kalau dalam hotel la, yang lain aku tak pasti) tu sememangnya banyak! lebih banyak daripada sebelum ini iaitu RM100 + 16% service charge and tax... hmmmmm bayar jelah selagi mampu! insyaallah adalah tu rezeki lain dari Allah swt.
Bulan nie gak, baru je aku baca berita tadi, sebuah helikopter terhempas di semenyih yang membawa penumpang seramai 6 orang dimana 4 daripadanya adalah ahli politik. kesemua mangsa meninggal di tempat kejadian. salah seorang mangsa, aku pernah terbaca kisah hidupnya di akhbar beberapa tahun dulu iaitu Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis.. seorang yang bijak sebenarnya. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. insyaallah.
itu sahaja buat masa nie.. now sambung kerja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan