Rabu, 29 April 2015

Kereta idaman

http://nxstyle.tumblr.com/post/117688024045/italian-luxury-pagani-huayra-italian-luxury

Ahad, 5 April 2015

Antara GST dan Fool di bulan APRIL

Salam Muhibah,

Dah masuk bulan april rupanya. memang masa berlalu dengan begitu pantas tanpa kita sedari. Bulan ini adalah bulan yang aku nantikan kerana 3 april hari tu, mengikut kalender hijriah, aku menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke 30 (14 Jamadil Akhir 1436). Alhamdullilah tuhan masih lagi memberi peluang kepada aku untuk terus hidup dan beramal kepadanya.

Bulan nie jugak 2 kawan baik aku iaitu si Wanie dan Ruzie akan menyambut birthday yang ke 29 pada 6 April dan 12 April. semoga persahabatan kami kekal untuk selamanya. aku sayang korang tau!!

27 April nie birthday si AAR, seyes aku cakap memang aku tak sabar nak tunggu hari tu, nak wish kat dia. aku tak pernah pun sambut birthday dia tapi dia at least pernah gak la sambut birthday aku walaupun sekali dalam sepanjang 9 tahun kami kenal nie. AAR, sumpah sampai mati, kenangan tu aku akan ingat. Aku kalau boleh nak tanya khabar ko hari2 tau, tapi aku takut ko rimas, lagipun sapa la aku nie ko nak ambik berat kan? ko dah ada tanggungan ko, dah ada life sendiri, aku harap ko happy AAR, insyaallah aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan kita nie... INSYAALLAH MAR... kerana kau aku nak berubah! kalau kau tak jumpa aku hari tu, benda nie mungkin takkan jadi dan aku masih lagi hanyut dengan duniawi... sayang ko ketat-ketat!

Bulan nie gak GST dah start, setakat nie aku tak terasa lagi tempiasnya tapi keuntungan lebih 60sen untuk setiap RM100 + 10% service charge (kalau dalam hotel la, yang lain aku tak pasti) tu sememangnya banyak! lebih banyak daripada sebelum ini iaitu RM100 + 16% service charge and tax... hmmmmm bayar jelah selagi mampu! insyaallah adalah tu rezeki lain dari Allah swt.

Bulan nie gak, baru je aku baca berita tadi, sebuah helikopter terhempas di semenyih yang membawa penumpang seramai 6 orang dimana 4 daripadanya adalah ahli politik. kesemua mangsa meninggal di tempat kejadian. salah seorang mangsa, aku pernah terbaca kisah hidupnya di akhbar beberapa tahun dulu iaitu Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis.. seorang yang bijak sebenarnya. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. insyaallah.

itu sahaja buat masa nie.. now sambung kerja!

Sabtu, 28 Mac 2015

Mana Janji Mu?

Seyes aku sentap giler dengan bos aku tu. ya lah hari tu janji nak bagi position NIGHT MANAGER katamya tapi, semalam dia cakap, dia tak boleh nak create position baru dalam FO so dia kene offer aku DUTY MANAGER sahaja! bukan aku tak nak... cuma aku dah beria nak kerja waktu malam je, tapi macam nie plak jadinya.. hmmm. aku bukan apa, aku takut kalau aku kerja siang akan ada banyak cabarannya. baik kerja malam, fokus kat paperwork je... lagi satu aku takut kalau aku tak sempat nak tunaikan solat kalau kerja siang! ya la... kerja siang nie pergerakannya terbatas! tapi kalau pikir balik, setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. mungkin tuhan nak bagi jalan yang terbaik untuk aku? insyaallah.. so aku kenalah sentiasa fikir positif demi kerjaya aku nie....

Rabu, 25 Mac 2015

Masih Mencari

Assalamualaikum,
Salam 4:50 pagi. Dalam tempoh seminggu dua nie there is a few things la happen to me. Pertama aku nak cerita pasal hadiah yang aku dapat dari kawan baru aku si Faizal. Dia bagi aku planner dairy which is aku hargai walaupun sebenarnya I'm not into it, aku tak pernah pun nak planning my life samada event ke apa ke tapi aku cukup cukup terharu dengan hadiah tu even bbf aku pun tak pernah bagi tapi si Faizal nie even baru kenal dia dah bagi hadiah kat aku! Seyes terharu Babe! Hope persahabatan kami akan kekal hingga ke akhir hayat. Insyaallah.
Yang kedua, macam biasalah, rindu aku kat si AAR still ada. Kadang boleh terbayang wajah dia depan aku. Hmmm, tapi aku sedar, benda nie takkan kemana!  Dia dah ada life sendiri dan aku bukannya orang penting pun dalam hidup dia... So why bother? Tahan je la perasaan ini.
Yang ketiga, nafsu aku nie! Ya Allah memang dugaan Betul! Tak boleh aku nak kawal! Mesti terpengaruh gak dengan godaan setan nie! Tapi alhamdullilah, setakat saat ini aku masih lagi tidak meninggalkan solat. Bukan bangga cuma aku rasa sedih sebab dah lama tinggalkan seruan Allah, sebab tu banyak sangat dugaan yang aku terima. Aku berdoa dan berharap satu hari nanti aku boleh berubah dan sebelum aku mati, amal aku cukup untuk bertemu dengan Allah. Insyaallah....
Yang keempat, isnin nie aku akan jumpa abg erol setelah sekian lama tak jumpa. Harap aku tak rimas la. Aku cuma nak jumpa dia hanya sebagai kawan sahaja. Tak lebih dari itu. Insyaallah...
So itu jelah a few highlights yang nak bagi.
P/s - ptg nie nak gi mandi sungai mahang kat nilai!

Jumaat, 13 Mac 2015

Hadiah untuk mu

Aku terasa teruja menunggu ketibaan AAR dengan wife dia. Tadi dia baru call bagi tahu aku yang dia akan sampai lewat mungkin dalam pukul 1am. Katanya nak jumpa Mak dia kat KLIA, tak pasti plak aku Mak dia dari mana. Mungkin baru habis bercuti. Apa apa pun aku sangat puas hati dengan hadiah nie. Aku sangat berharap yang dia akan ingat sampai bila bila. Dan aku? Hmmm tak tahu macam mana nak berhadapan nanti, tambah tambah lagi dengan wife dia. Masa dia call aku tadi, dia panggil aku bro, which is satu panggilan yang aku tak suka tapi aku faham mungkin sebab wife dia ada kat sebelah. AAR...  Terima kasih kerana muncul dan menjadi sebahagian dalam hidup aku. Insyaallah aku akan kekalkan hubungan kita ini walaupun aku tahu kewujudan aku dalam hidup mu tidak semua orang tahu. Hanya yang mana esa sahaja mengetahui segalanya.

Excited dan berdebar.

Salam subuh,

seperti sedia maklum, aku telah hadiah kan voucher penginapan kepada AAR dan dia memilih untuk datang hari ini. tapi dia akan datang bersama isteri tercintanya. kadang2 aku fikir balik kenapa aku bagi kat dia? ikhlas ke tak... ya ikhlas sebab aku dah mula untuk menyayangi dia kembali untuk kali ke-2, tapi kali ini dia sudah menjadi hak milik orang! hak milik yang pastinya kekal... dan aku?

Khamis, 12 Mac 2015

Lirik yang menjadi kenangan

di sini aku ingin paparkan 3 lirik lagu yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. lagu ini secara tidak sengaja menjadi lagu kegemaran aku. mungkin akan menjadi lagu sepanjang zaman (sepanjang hayatku). setiap kali aku baca lirik ini, setiap kali itulah suara engkau AAR sentiasa mengiang-ngiang di telinga ku. lagu ini bagi ku sungguh istimewa, istimewa seperti dirimu! AAR, aku tak kan lupakan kenangan itu walaupun kau mungkin akan melupakan aku suatu hari nanti. :(


Lirik Lagu Di Pintu Syurga – Dayang Nurfaizah
Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada
Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih
Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga
Lirik Lagu Mewangi – Akim
Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Lirik Lagu Tunggu Sekejap – P.Ramlee
Tunggu sekejap wahai kanda
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku

Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas bercumbu dengan kau 

Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh

Jangan pula
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

Rabu, 11 Mac 2015

tunggu sekejap...


aku sebenarnya tak pernah pun minat lagu nie walaupun selalu dengar sehinggalah si AAR yang nyanyi. and suddenly its became my favorite la.... a song that i will remember always...