Aku terasa teruja menunggu ketibaan AAR dengan wife dia. Tadi dia baru call bagi tahu aku yang dia akan sampai lewat mungkin dalam pukul 1am. Katanya nak jumpa Mak dia kat KLIA, tak pasti plak aku Mak dia dari mana. Mungkin baru habis bercuti. Apa apa pun aku sangat puas hati dengan hadiah nie. Aku sangat berharap yang dia akan ingat sampai bila bila. Dan aku? Hmmm tak tahu macam mana nak berhadapan nanti, tambah tambah lagi dengan wife dia. Masa dia call aku tadi, dia panggil aku bro, which is satu panggilan yang aku tak suka tapi aku faham mungkin sebab wife dia ada kat sebelah. AAR... Terima kasih kerana muncul dan menjadi sebahagian dalam hidup aku. Insyaallah aku akan kekalkan hubungan kita ini walaupun aku tahu kewujudan aku dalam hidup mu tidak semua orang tahu. Hanya yang mana esa sahaja mengetahui segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan