Assalamualaikum,
Nama aku Qamarul Ariffin Bin Hassan dan blog ini merupakan blog kedua kepunyaan aku, yang lama entah hilang kemana!
Kenapa aku namakan blog ini lelaki terindah di sebalik pelangi?
Lelaki terindah, yang aku juruskan kepada diri aku sendiri, bermaksud indahnya seorang lelaki ciptaan tuhan yakni aku sendiri! Aku bukan nak cakap aku nie Mr perfect atau tersangat kacak atau sempurna atau apa sahaja bahasa indah yang boleh digambarkan tentang lelaki tetapi maksud aku, betapa bertuahnya aku diciptakan sebagai seorang lelaki untuk menempuh dugaan yang diberikan oleh tuhan kepada aku! Dugaan apa? Dugaan aku tidak sehebat hambanya yang lain, tidak sesempurna para rasul mahupun kamu sendiri yang membacanya, tetapi bagi aku, dugaan yang tuhan uji nie terhadap aku tersangatlah indah sebenarnya. Jenis dugaan yang macam mana? Dugaan dari segi kewangan? Semua orang ada masalah duit, begitu juga aku tetapi itu biasa, kesihatan? Juga dugaan yang setiap manusia ada. Jadi apa dugaan yang tuhan bagi pada aku yang aku tidak dapat elakkan? NALURI.... Itulah dugaan yang paling hebat tuhan berikan kepada aku! Sangat hebat! Dan aku masih mencari-cari jalan untuk membersihkan NALURI ini. NALURI yang tuhan anugerahkan kepada aku ini sebenarnya tersangat Cantik, indah, suci, nyaman dan tiada cacat cela nya cuma aku sendiri yang mengaturnya ke lembah dosa. Tidak salah untuk aku menyayangi seseorang yang sama ciptaannya dengan ku tetapi adalah salah untuk aku melakukan lebih dari sekadar menyayangi! Pada mu ya Allah, berikanlah aku petunjuk!
Dan kenapa disebalik pelangi? Kerana pelangi itu Cantik dan hanya muncul selepas hujan. Begitulah juga kisah pejalanan hidup aku yang hanya indah apabila ianya diatur dengan sempurna! Hidup tidak seindah mimpi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan