Rabu, 29 April 2015
Kereta idaman
Ahad, 5 April 2015
Antara GST dan Fool di bulan APRIL
Dah masuk bulan april rupanya. memang masa berlalu dengan begitu pantas tanpa kita sedari. Bulan ini adalah bulan yang aku nantikan kerana 3 april hari tu, mengikut kalender hijriah, aku menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke 30 (14 Jamadil Akhir 1436). Alhamdullilah tuhan masih lagi memberi peluang kepada aku untuk terus hidup dan beramal kepadanya.
Bulan nie jugak 2 kawan baik aku iaitu si Wanie dan Ruzie akan menyambut birthday yang ke 29 pada 6 April dan 12 April. semoga persahabatan kami kekal untuk selamanya. aku sayang korang tau!!
27 April nie birthday si AAR, seyes aku cakap memang aku tak sabar nak tunggu hari tu, nak wish kat dia. aku tak pernah pun sambut birthday dia tapi dia at least pernah gak la sambut birthday aku walaupun sekali dalam sepanjang 9 tahun kami kenal nie. AAR, sumpah sampai mati, kenangan tu aku akan ingat. Aku kalau boleh nak tanya khabar ko hari2 tau, tapi aku takut ko rimas, lagipun sapa la aku nie ko nak ambik berat kan? ko dah ada tanggungan ko, dah ada life sendiri, aku harap ko happy AAR, insyaallah aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan kita nie... INSYAALLAH MAR... kerana kau aku nak berubah! kalau kau tak jumpa aku hari tu, benda nie mungkin takkan jadi dan aku masih lagi hanyut dengan duniawi... sayang ko ketat-ketat!
Bulan nie gak GST dah start, setakat nie aku tak terasa lagi tempiasnya tapi keuntungan lebih 60sen untuk setiap RM100 + 10% service charge (kalau dalam hotel la, yang lain aku tak pasti) tu sememangnya banyak! lebih banyak daripada sebelum ini iaitu RM100 + 16% service charge and tax... hmmmmm bayar jelah selagi mampu! insyaallah adalah tu rezeki lain dari Allah swt.
Bulan nie gak, baru je aku baca berita tadi, sebuah helikopter terhempas di semenyih yang membawa penumpang seramai 6 orang dimana 4 daripadanya adalah ahli politik. kesemua mangsa meninggal di tempat kejadian. salah seorang mangsa, aku pernah terbaca kisah hidupnya di akhbar beberapa tahun dulu iaitu Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis.. seorang yang bijak sebenarnya. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. insyaallah.
itu sahaja buat masa nie.. now sambung kerja!
Sabtu, 28 Mac 2015
Mana Janji Mu?
Rabu, 25 Mac 2015
Masih Mencari
Jumaat, 13 Mac 2015
Hadiah untuk mu
Aku terasa teruja menunggu ketibaan AAR dengan wife dia. Tadi dia baru call bagi tahu aku yang dia akan sampai lewat mungkin dalam pukul 1am. Katanya nak jumpa Mak dia kat KLIA, tak pasti plak aku Mak dia dari mana. Mungkin baru habis bercuti. Apa apa pun aku sangat puas hati dengan hadiah nie. Aku sangat berharap yang dia akan ingat sampai bila bila. Dan aku? Hmmm tak tahu macam mana nak berhadapan nanti, tambah tambah lagi dengan wife dia. Masa dia call aku tadi, dia panggil aku bro, which is satu panggilan yang aku tak suka tapi aku faham mungkin sebab wife dia ada kat sebelah. AAR... Terima kasih kerana muncul dan menjadi sebahagian dalam hidup aku. Insyaallah aku akan kekalkan hubungan kita ini walaupun aku tahu kewujudan aku dalam hidup mu tidak semua orang tahu. Hanya yang mana esa sahaja mengetahui segalanya.
Excited dan berdebar.
seperti sedia maklum, aku telah hadiah kan voucher penginapan kepada AAR dan dia memilih untuk datang hari ini. tapi dia akan datang bersama isteri tercintanya. kadang2 aku fikir balik kenapa aku bagi kat dia? ikhlas ke tak... ya ikhlas sebab aku dah mula untuk menyayangi dia kembali untuk kali ke-2, tapi kali ini dia sudah menjadi hak milik orang! hak milik yang pastinya kekal... dan aku?
Khamis, 12 Mac 2015
Lirik yang menjadi kenangan
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih
Di pintu syurga
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku
Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas bercumbu dengan kau
Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh
Jangan pula
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu
Rabu, 11 Mac 2015
tunggu sekejap...
Selasa, 10 Mac 2015
Dia balas...

Ahad, 8 Mac 2015
Oh telefon SONY ku!
Aku sebenarnya tengah kerja kat ofis nie, night shift la katakan! nak kata kerja dah siap, tak siap lagi sebenarnya tapi aku nak update gak kisah hp aku nie.
al kisahnya, bukan aku nak cakap hp aku nie mahal ke, canggih ke tapi nak dijadikan cerita, masa aku attend wedding housemate aku petang tadi kat camar laut punya hall, entah macam mana masa tengah syok aku sembang dengan si Airil, tiba-tiba hp sony aku terlepas dari genggaman! terus dengan selamba jatuh dalam longkang! akibatnya screen pecah!!!
Mahunya aku tak menangis masa tu! dah la hp tu baru je beli tak sampai 3 minggu, tup tup jadi macam tu! ya Allah... dugaan sangat! seyes aku dah down dah masa tu. tak tahu nak capai bahu sapa nak pinjam jap nak tumpang nangis! tapi macam biasalah, hanya sorang je yang terlintas kat fikiran aku masa tu! sapa lagi kalau bukan si Amar... hmmm tapi aku pendam jelah... tak kan nak call! mahunya dia nak layan kerenah aku yang tak setaraf dengan dia nie?
Sabtu, 7 Mac 2015
Wedding
Mimpi seorang sahabat
Dengan izin Allah,
Aku terpanggil untuk merencanakan apa yang telah aku dengari tadi semasa berbual kosong dengan 2 sahabat karib ku zawanie & juzen.
Dalam ketenanganya mendengar cerita tentang perasaan ku yang masih lagi goyah mencari sinar dari Allah, Rupanya zawanie sahabatku, ingin menyampaikan sesuatu yang dia rasa perlu berkongsi pengalaman yang dilaluinya.
Mimpi kiamat yang dilaluinya itu Ternyata satu bukti yang Allah ingin tunjukkan kepadanya supaya kembali ke jalan yang benar sebelum terlambat. Ternyata perasaan aku saat itu sangat terkejut dan juga ada sedikit iri hati. Ya! Iri kerana dia terpilih! Sedangkan aku? Masih bergelumang dengan dosa! Aku takut, saat matinya aku nanti, tidak ada sedikit pun pahala yang hendak ditimbang!
Pada masa yang sama, perasaan sayang aku, kasih aku kepada AAR tidak berbelah bahagi. Tapi, Adakah perasaan itu halal di sisi Allah. Tatkala aku merindui AAR, Adakah dia pun sama Sedangkan dia sudah mempunyai kekasih yang halal?
Aku tak mahu menjadi hanya sebagai tempat persinggahan! Aku KELIRU...
Jumaat, 6 Mac 2015
Take 5
I'm currently right now somewhere at Gua Musang. Just stop drive jap Sbb mcm Ngatuk je. Tengah2 mencari pit stop, ternampak secret recipe so I decide to stop here la.
Hajat di hati just nak chill hisap rokok sambil minum kopi, last last aku order jugak kek 1 slice.... Tak de maknanya nak diet! Hahaha
Simple brunch!
I'm having Nasi goreng skang yang my mum masak la. Again it's superb!
Later on I will depart back to bagan lalang dan of course lah, rasa sedih tapi, still aku kene balik gak. Keje. Cari duit. Cari rezeki walaupun tidak semewah orang lain.
I still keep looking at the whatapps, last text 3hb. Why? Entah, that the problem with me! Kalau dah sayang, macam tulah! Masih tak sedar diri! Wakeup Que!! Dia bukan kepunyaan aku! 😭😭
Well, bon appetite!!
Quote
Khamis, 5 Mac 2015
Last dinner at kay bee
Malam nie malam terakhir aku kat kampung, berat hati nak tinggalkan tapi pada masa yang sama aku memang kena balik menyibukan diri aku dengan kerja. Ya! Dengan kerja je insyaallah akan lenyaplah perasaan ini. Lama2 aku akan melupakan dia dan dia happy dengan Keluarga dia....
Anyway, thanks to my bff ejam, sebab temankan aku dinner malam nie sambil dengar cerita aku yang boring nie, walaupun aku tahu kau tak dapat buat apa but at least legalah sikit hati aku nie yang bagaikan pungguk rindukan bulan.
Dan kepada AAR yang ada kat manjung, insyaallah aku akan doakan yang terbaik untuk kau dalam setiap sujud ku.